Dec 22, 2011

Bagaimana nak beli part kereta

Spare part di sini dijual dengan harga yang murah dan berpatutan berbanding harga luar. Masih murah jika anda terpaksa membayar caj pos sekali pun.

Bertanyalah pada kami untuk maklumat lanjut tentang jenama, warranty dan sebagainya. Soalan anda tidak akan dijawap di sini tetapi di email anda sahaja.

Bagaimana pula anda nak membelinya??

1. Isikan borang di bawah untuk sebarang pesanan atau soalan.
2. Kami akan respon borang yang telah di isi tentang stok dan kos sepenuhnya
(harga part & kos penghantaran).
3. Barang akan dipos setelah bayaran dibuat ; No akaun akan diberi kemudian.
4. Caj pos minimum RM20 bagi setiap barang - mengikut berat barang.
5. Boleh COD sekitar Bangi, Kajang, Nilai & Putrajaya sahaja.

RESTU SUPPLY
Bandar Baru Bangi, Selangor
Email : aph3483@gmail.com

Jul 10, 2011

Spring untuk kereta anda

Dapatkannya dengan harga yang lebih murah daripada yang anda jangkakan.

Isikan borang di bawah untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.
Paling sesuai untuk kereta buatan Malaysia.

Feb 10, 2011

Bergegar semasa membrake



Front Corner Module

Apa yang membuat tayar hadapan bergegar semasa membrake ?
Jawapannya adalah part diatas,ia dipanggil Front Corner Module dan mengandungi part berikut :
1. Knuckle - Yang memegang absorber, tie rod End
2. Brake Caliper - Memegang Brake Pad
3. Dust Cover - Menghalang kotoran/habuk
4. Brake Disc - Tempat Pad mencengkam
5. Front Hub - Tempat mengikat/memegang tayar
6. Front Bearing - Memegang Hub

Kenapa boleh berlaku gegaran?
1. Disc brake NG - tidak rata/tak sama ketebalan/bahan asas NG
2. Brake Pad - Keras tak sesuai dgn disc (Kepanasan melampau)
3. Piston brake caliper - tidak return ke tempat asal/ masih melekat semasa kereta bergerak
4. Terdapat udara dalam sistem brake - Brake tidak dapat capacity sebenar.
5. Berlaku kebocoran dalam sistem - minyak brake berkurangan.

Noise semasa brake ditekan (Berdasarkan pengalaman)
1. Cuba periksa brake pad - mungkin terdapat benda asing antara celah brake pad.
2. Terdapat brake pad yang mempunyai PWI(Pad wear indicator) - pad hampir habis
3. Terdapat lapisan antara pad dan body caliper yang dipanggil Shim Rubber Coated yg bertujuan untuk mengurangkan bunyi yang mungkin tidak dipasang.
4. Piston gagal ketempat asal/jammed

Note :
1.Untuk brake pad saya syorkan belilah yang ori, sebab yang ori ada R & D, testing dan noise test. Ini amat penting kerana sebahagian nyawa kenderaan dan kita, termasuk keluarga terletak di sini .

2. Berhati-hati semasa membeli brake pad, sekiranya anda ingin tahu brand manakah yang baik dalam pasaran, E-mail saya : aph3483@gmail.com ...saya akan cuba bantu anda.

Feb 3, 2011

Alignment dan Balancing



Kita sering menghantar kereta untuk proses diatas,tetapi adakah kita faham apa yang bengkel lakukan ?...kita kena memahami proses tersebut untuk menggelakkan kita meminta sesuatu perkara yang kita sendiri tidak faham.

Biasanya bila kita hantar untuk proses tersebut kadang kalanya ia amat berbeza antara bengkel,kalau tidak percaya anda cuba lakukan dengan cara bawa kebengkel A dan kemudian pergi ke bengkel B jawapan dan cara penyelesaian yang disarankan pasti berbeza.

Apa itu balancing ?
-Balancing adalah proses dimana berat tayar diseimbangkan untuk seluruh bahagian/sudut dengan cara menggunakan pemberat(sejenis timah akan dipasang pada bahagian yang mempunyai berat tidak seimbang)

Apa itu Alignment ?
-Alignment adalah proses untuk mendapatkan kedudukan Toe dan Chamber.

Apa itu Toe ?
-Toe adalah sudut yang dikendaki untuk kedudukan tayar(Ia diukur dari centre wheel dan disetkan kepada spec/std yang digariskan oleh pembuat keenderaan tersebut)
-Biasanya computer yg ada dibengkel mempunyai spec tertentu mengikut model keenderaan anda.(Cuba kita lihat pemain ski,bahagian hadapan bilah ski biasanya akan dikuncupkan sedikit untuk gerakan yang lebih stabil semasa pemain ski meluncur diatas salji)

Apa itu chamber ?
-Chamber adalah sudut tayar dengan paksi bumi dan ia juga dikira dari centre wheel-biasanya kebanyakan tayar mempunyai kecenderungan sudut 91 darjah minimum.(Maksudnya tayar akan kembang sedikit pada bahagian yang menyentuh bumi/jalan)

Perkara asas yang patut kita tahu semasa kita membuat aligment atau balancing ialah :

1.Mesin yang digunakan oleh bengkel telah diselenggara dengan betul(Calibration)-Ukuran bergantung sepenuhnya pada ketepatan mesin.
2.Alignment hendaklah mengikut spec/std jenis dan model keenderaan.
3.Jika berkesempatan catitlah Toe dan Chamber yg std. bagi kereta anda.

Note :
Ada ketikanya kita disarankan supaya kita membeli screw chamber yang berharga Rm 50.00 sebiji-Tahukah anda berapa harga sebenar screw tersebut kalau kita membeli direct dari pembekal atau spare part shop ??..harganya cuma dilingkungan Rm 10.00(Bergantung kepada model)
Untuk model yang menggunakan Mc-prsn. suspension ianya boleh diadjust pada tierod end tanpa memerlukan alat tambahan.(Sekiranya ia tidak boleh diadjust pastinya pihak pengeluar keenderaan telah menjadikan part tersebut sebagai std.part)

Terdapat juga bengkel membuat balancing secara manual di panggil on wheel balancing...ianya bagi saya lebih bagus sekiranya keadaan bengkel tersebut sendiri tidak mempercayai mesin balancing yang ada.

Bagaimana untuk mengetahui balancing kereta kita bermasalah...biasanya bila kita memandu keadaan kereta akan terasa bergegar pada kelajuan sekitar 80 - 100 km/jam bergantung berapa teruknya balancing kereta tersebut tetapi bila tambah kelajuan ada ketikanya ia hilang sementara.

Bagaimana untuk mengetahui alignment kereta kita bermasalah...tengoklah tayar kita yang makan sebelah dalam atau luar,cuba lepas steering semasa kita memandu(seketika sahaja) adakah bergerak lurus atau seperti ketam.

Kereta kita...kitalah yg lebih memahaminya.

Feb 2, 2011

Hati-hati memilih absorber



Satu hari saya dikunjungi seorang peraih untuk membeli absorber yang telah direjectkan dalam kuantiti yang banyak.Lantas saya bertanya dan menemubual beliau....saya amat terkejut selepas itu.... Kenapa ???

Rupa-rupanya beliau menjalankan business yang amat menguntungkan dengan cara menbaik pulih absorber yang reject atau beliau beli barangan besi buruk ini dari bengkel di seluruh negara dan kitar semula menjadikan barangan tersebut dijual pada harga baru.Sebab itu barangan seperti absorber yang kita tukar akan dikumpulkan semula oleh bengkel dan dijual sebagai besi buruk.

Bagaimana cara ianya dilakukan...ianya amat mudah,absorber lama yang dibeli sebagai besi buruk akan dicuci dan dicat semula seperti baru.Bahagian dalaman seperti seal dan minyak akan diganti semula dengan yang baru.Serial no atau jenama akan dikekalkan sama seperti apa yang telah distemkan pada absorber tersebut,dan yang terakhir adalah kotak yang memang ditempah khas sama seperti kotak baru.Dari segi kotak memang sama dan sukar untuk dibezakan kerana teknologi percetakan kotak memang canggih di Malaysia buat masa kini.

Bagi diri saya sendiri apabila 2 jenis absorber ini diletakkan bersebelahan memang sukar untuk saya mencari perbezaannya.

Pada kebiasaannya absorber yang bagus akan mampu bertahan sekurang-kurangnya 1 tahun,tetapi bayangkan bila kita terbeli absorber yang di baik pulih seperti ini..tak sampai setahun ianya akan bocor.

Amat malang bagi kita sebagai pengguna selalu tertipu oleh golongan yang hanya mementingkan keuntungan seperti ini...ianya saya anggap mencuri dalam diam.

Berhati-hati selalu...demi keselamatan kita dan kocek kita juga.


Feb 1, 2011

Berhati-hati membeli minyak enjin.

Saya ingin bercerita mengenai minyak engin untuk kali ini...soalannya mengapa??

Ramai yang tidak tahu terdapat banyak minyak enjin tiruan berada di pasaran buat masa ini. Cara untuk mendapat atau membuat minyak engin tiruan adalah dengan cara membeli semula minyak enjin yang telah digunakan dari bengkel-bengkel yang berada disekitar kita. Ianya dikumpul oleh bengkel dan dijual kepada pemborong yang akan memproses semula minyak tersebut menjadi minyak enjin yang akan dibotolkan semula dengan cantik seperti baru siap dengan serial no.

Minyak enjin terpakai diproses semula menjadi warna yg menarik seperti minyak baru dengan 2 cara :
1. Mencampur sejenis bahan kimia untuk menukarkan warna kehitaman kepada warna kekuningan seperti minyak baru.
2. Menuras semula dengan berbagai cara turasan/tapisan.(Kita boleh mencuba dirumah dengan cara menapis menggunakan sekurang-kurangnya 7 lapisan kain dan biarkan ia mengalir-lihat warna yg telah ditapis dan anda sebenarnya boleh cuba menggunakan semula tanpa ragu)

Minyak yg telah dibungkus semula dengan packing yg sama dan diletakkan dalam longgokan botol yang sama pastinya kita sebagai pengguna tidak akan perasan semasa membelinya.

Lebih malang lagi bila kita servis kereta..kita tidak pernah ambil tahu jenis minyak..yg kita tahu selepas kereta siap diservis kita cuma membayar kos terlibat.

Berilah sedikit perhatian semasa kereta diservis dan mintalah baki atau bekas minyak atau lihatlah barangan yang telah di tukar untuk kereta kita supaya kita yakin kita membayar pada barangan yang telah ditukar.

Kereta kita...kitalah yang jaga..

Jan 31, 2011

Minyak Brake Apa Pentingnya ?

Minyak brake sangat penting kepada sistem brake kereta kita kerana ia akan menentukan keberkesanan semasa kita memberhentikan kereta. Minyak brake mendapat tekanan dari pedal dan mengarahkan booster menghasilkan tekanan 4 kali ganda kepada master cylinder. Dari situ ia dihantar ke empat-empat melalui valve melalui 2 saluran tiub yg akan menggerakkan piston untuk brake caliper dan 2 saluran tiub lagi akan menggerakkan piston dalam wheel cylinder utk menolak brake shoe ke arah dinding brake drum.

1. Pastikan kita menggunakan jenis yg disyorkan ia itu DOT3 atau DOT4 kerana ia berbeza antara satu sama lain dari segi kepekatan.

2. Elakkan daripada kita hanya menambah buat selama-lamanya tanpa menggantinya. Yg terbaik gantilah sepenuhnya dalam 20K km sebab minyak yang lama akan hilang kepekatannya.

3. Selepas menambah atau mengganti, buat bleeding proses untuk membuang saki baki udara di dalam sistem brake. Ia amat penting kerana jika ada udara ia boleh menyebabkan brake spongy (Keadaan di mana bila kita tekan brake, pedal brake bergerak semakin jauh ke bawah terutama semasa kita berhenti di lampu isyarat dalam keadaan menekan brake)

4. Jika terdapat mana-mana lelehan pada tube atau pada sambungan hose pastikan ianya diketatkan,pastikan juga terdapat torque tertentu yang perlu di ikuti std.nya semasa mengetatkan sambungan terlibat.

5. Jika ada bahagian minyak brake terkena body kereta atau bahagian bercat, curahkan air bagi menggelakkan cat terhakis kerana minyak brake bersifat menghakis.

6. Jika terkena kulit atau mata, basuh dengan air yang banyak dan berjumpa doktor kerana minyak brake adalah merbahaya.

Note
Selalulah lihat kedudukan level (aras) minyak brake kita kerana ia :
1. Menentukan ada kebocoran - jika selalu berkurang.
2. Menandakan brake pad hampir habis.
3. Jika tanda ISO pada panel meter menyala, cuba check level minyak brake.

Jan 28, 2011

Satu lagi kereta yang terlibat dalam kemalangan




Hari ni 28 Jan 2011 investigate satu lagi kes...berlaku kemalangan ketika turun dari Banjaran Crocker. Ini pun berpunca dari keadaan tayar yang tidak sesuai dengan kenderaan antaranya :

1. Tayar yang dah botak licin sampai nampak benang digunakan, akibatnya tidak boleh dikawal dan bila tekan break...kereta menggelongsor ke arah tebing gaung, ketinggian jalan dengan gaung dalamnya nun sampai tak nampak dek keadaan kabus...nasib kereta lekat pada penghadang jalan.

2. Pengguna menggunakan saiz tayar yang agak tidak sesuai kerana terlalu lebar menyebabkan tayar bergesel dengan brake hose...nasib baik brake hose tidak leaking...kalau leaking saya tak dapat bayangkan sekiranya kereta tersebut meneruni banjaran yang kecerunan mencecah 45 degree sudut kecerunan.

3. Bila kemalangan berlaku akibatnya absorber, tie rod, drive shaft....body mengalami kerosakan.

Berhati-hatilah memandu semasa musim hujan...jangan bawak laju... pastikan wiper OK...jangan pandu terlalu rapat.

Jan 27, 2011

Perjalanan yang agak sukar



Perjalanan Beribu Batu..Masalah Yang Sukar

Dari KLIA fligh 9.20 am, sampai di K.Kinabalu 12.00 pm...gerak ke Keningau ambil masa 3 jam untuk sampai dan terus ke Service Centre meneliti kereta yang terlibat dengan kemalangan... sayang sekali kereta ni baru keluar sehari dari kedai terus kemalangan...langgar pokok...nasib baik driver ok.

Dalam perjalanan ke Keningau melalui satu perkara aneh tapi benar. Semasa mendaki banjaran Crocker satu tempat dipanggil Bukit Menarik... anehnya bukit cerun kebawah... tapi bila berhenti dan freekan gear kereta naik keatas... pelik tapi benar. Siapa berkunjung mesti berhenti disini dan rasakan keadaan aneh ini.

Sampai Keningau 3.30 pm... pergi investigate kereta yang terlibat... lihatlah gambar diatas...tercampak front corner bersama drive shaft...memang besar impact yg kena...remok sebelah kiri... visit tempat kemalangan... memang amat bahaya kawasan jalan disini.. kiri kanan gaung yang jauh kedalamannya dan lebih dalam dari kawasan Genting dan C.Highlands...

Melihat Keadaan Kereta...Beberapa perkara harus difikirkan.

1.Tayar yg digunakan perlu kita pastikan ianya sesuai dengan faktor alam.
-Terdapat tayar yang tidak membuang air semasa kita melanggar lopak air menyebabkan tayar terapung semasa pemanduan yg mengakibatkan kereta berpusing atau steering tidak dapat dicontrol dengan baik. Dalam masa yang sama jika kita membrek ianya lebih bahaya.

Pengajaran
Elakkan melanggar lopak air, pilih tayar yg bersesuaian dengan cuaca Asia.... kurangkan laju semasa hujan... jangan mengekor terlalu rapat ketika hujan....elakkan membrek emergency jika ia tidak diperlukan.

Jan 25, 2011

Elakkan lathe/skim brake disc

Lathe semula brake disc atau banyak orang kata skim : adakah ianya baik ???

Hari ini ada sahabat bertanyakan soalan diatas..jadi kita bincangkan soalan tersebut.Istilah yg biasa disebut adalah skim semula brake disc. Sebenarnya proses tersebut akan menyebabkan banyak risiko yg boleh di kongsi bersama.

1. Brake disc yg di skim semula kemungkinan tidak seimbang(flatness) di antara 2 permukaan akan menyebabkan cengkaman brake pad tidak sekata- menyebabkan judder semasa membrek (Judder-Tayar bergegar semasa membrek terutama semasa kelajuan 100km keatas)

2. Runout tidak seimbang-kehausan brake pad menjadi tidak sekata (Brake capacity tidak dapat - Brake kurang cengkaman)

3. Permukaan disc terlalu licin - amat bahaya semasa membrek terutama bila baru sahaja skim.

4. Disc yang semakin nipis akan menyebabkan kepanasan melampau semasa penggunaan brake maksimum (contoh - semasa turun dari tempat tinggi seperti Genting atau C.Highlands suhu akan mencapai 120 degree)

Langkah untuk menggelakkan Brake Disc rosak

1. Pastikan menggunakan brake pad berkualiti - Campuran bahan asas perlu seimbang dengan kekerasan disc brake (Kecanggihan brake bergantung kepada kualiti bahan pad - pengalaman saya untuk melawat bahagian mencampur bahan tersebut samada di Jepun atau Korea langsung tidak dibenarkan kerana ia adalah rahsia)

2. Tukar brake pad bila sampai masa - Sekurang2nya berbaki 3 mm sebelum menyentuh besi pad/bila dengar bunyi berdesing bagi kereta yg dilengkapi PWI (Pad Wear Indicator

3. Buat pemeriksaan brake pad setiap 3 bulan atau semasa kereta diservis


Nota

Mengikut pengalaman saya, pengguna cuma memahami fungsi brake pad hanya untuk memberhentikan kereta semasa membrek.

Apa yg perlu diketahui adalah Brake Capacity, iaitu ia menentukan cengkaman brek seperti jarak yg diperlukan untuk berhenti sepenuhnya terutama semasa brek kecemasan, noise yg dikeluarkan oleh brek, habuk yg dibebaskan oleh brake pad - sebab itu brake pad asbestos base tidak dibenarkan di UK kerana asbestos adalah salah satu bahan yg menyebabkan barah.

Berhati-hatilah semasa membeli atau menukar brake pad kerana ia menentukan nyawa penumpang yg kita bawa dan diri kita sendiri... jangan terlalu berjimat untuk safety part.

Tayar lebar yg cantik...tapi apa risikonya ???

Ramai antara kita gemar menggunakan tayar yg lebar seperti 215/45/R17...tetapi awas bagi kereta berkuasa kuda kecil kerana walaupun tayar tersebut berharga mahal dan nampak gagah dan ganas tetapi kesannya seperti berikut :

Kebaikan
1.Nampak cantik dan gagah...ni yg ramai tergoda
2.Kuasa untuk berhenti bila membrek lebik baik

Keburukannya
1.Penggunaan minyak lebih banyak kerana bahagian bersentuh dengan jalan lebih lebar-daya geseran lebih banyak.
2.Engine mounting akan cepat rosak-daya kilas yg lebih untuk memulakan perjalanan/rpm lebih tinggi diperlukan utk mulakan pergerakan.
3.Drive shaft cepat rosak kerana berat nak pusing steering.
4.Tayar sangkut pada body-kena kepaklah body
5.Tidak selesa semasa melalui jalan yg tidak rata-tayar dah nipis suspension tak bagus cam BMW...
6.Sport rim ada harapan bengkok bila masuk lubang.(Bergantung kepada Quality rim)
7.Time tukar tayar kena buat budget baru-tayar lebar harganya lebar jugak..1 tayar Falken/yokohama lebih kurang Rm 350 ++ x 4 biji.....
8.Balancing-kena check selalu,biasanya 3 bulan sekali...

Fikir2 kan bila kita membuat keputusan.

Kereta kita..kita yg jaga.

Jan 23, 2011

Elakkan Menggunakan Spring Potong

Ramai kawan-kawan yg nak nampak kereta cantik memotong spring yang standard untuk menjadikan lebih rendah dan menawan.Sebenarnya ianya akan menyebabkan kita akan keluar duit poket untuk menggantikan part lain dalam masa terdekat.Antara part yang akan jahanam dalam masa terdekat ialah Shock Absorber...kenapa ?

Bila lingkaran coil telah dipotong atau dibuang 1 lingkaran(turun 1 inci) akan menyebabkan shaft absorber menghentak terlalu kuat bila kereta masuk lubang atau terhentak dalam masa pemanduan yg ganas. Minyak hydraulik dan seal yg bertindak sebagai penahan kebocoran juga akan cepat rosak. Spring standard adalah sesuai untuk absorber standard kerana ia di design mengikut beban,ketinggian spring dan panjang max./min.shaft absorber.

Akibatnya...absorber akan leaking dalam masa yang singkat, hentakan yang kuat juga menyebabkan kereta kena selalu buat balancing dan aligment...hentakan yg kuat juga menyebabkan drive shaft dan C.V Joint tak dapat bertahan....poket juga tak mampu bertahan.

Pastikan untuk nampak cantik....jangan korbankan keselesaan pemanduan..dan poket kita.

Jan 16, 2011

Sport Disc Rotor 01

Sport Disc Rotor 02

Wiper Blade

Soft Wiper Blade

Sleeve

Hub Bearing

Heavy Duty Drum

CV Joint

Clutch Disc

Clutch Cover

Ceramic Brake Pads 01

Brake Drum 01

Brake Drum 03

Brake Drum 02

Brake Disc

Brake Caliper

Bearing 01

Bearing 02

Bearing 03

Bagaimana nak beli part kereta

1. Isikan borang di bawah untuk sebarang pesanan atau soalan.
2. Kami akan respon borang yang telah di isi tentang stok dan kos sepenuhnya (harga part & kos penghantaran).
3. Barang dipos setelah bayaran dibuat ke Maybank.
4. Caj pos RM20 bagi setiap barang - ikut berat.
5. Boleh COD sekitar Bangi, Kajang, Nilai & Putrajaya sahaja.

RESTU SUPPLY
Bandar Baru Bangi, Selangor
Email : aph3483@gmail.com

Borang Pesanan/Pertanyaan

Name
Tel No
Email Address
Location
Item To Buy

This HTML form was created by Freedback.