Feb 10, 2011

Bergegar semasa membrake



Front Corner Module

Apa yang membuat tayar hadapan bergegar semasa membrake ?
Jawapannya adalah part diatas,ia dipanggil Front Corner Module dan mengandungi part berikut :
1. Knuckle - Yang memegang absorber, tie rod End
2. Brake Caliper - Memegang Brake Pad
3. Dust Cover - Menghalang kotoran/habuk
4. Brake Disc - Tempat Pad mencengkam
5. Front Hub - Tempat mengikat/memegang tayar
6. Front Bearing - Memegang Hub

Kenapa boleh berlaku gegaran?
1. Disc brake NG - tidak rata/tak sama ketebalan/bahan asas NG
2. Brake Pad - Keras tak sesuai dgn disc (Kepanasan melampau)
3. Piston brake caliper - tidak return ke tempat asal/ masih melekat semasa kereta bergerak
4. Terdapat udara dalam sistem brake - Brake tidak dapat capacity sebenar.
5. Berlaku kebocoran dalam sistem - minyak brake berkurangan.

Noise semasa brake ditekan (Berdasarkan pengalaman)
1. Cuba periksa brake pad - mungkin terdapat benda asing antara celah brake pad.
2. Terdapat brake pad yang mempunyai PWI(Pad wear indicator) - pad hampir habis
3. Terdapat lapisan antara pad dan body caliper yang dipanggil Shim Rubber Coated yg bertujuan untuk mengurangkan bunyi yang mungkin tidak dipasang.
4. Piston gagal ketempat asal/jammed

Note :
1.Untuk brake pad saya syorkan belilah yang ori, sebab yang ori ada R & D, testing dan noise test. Ini amat penting kerana sebahagian nyawa kenderaan dan kita, termasuk keluarga terletak di sini .

2. Berhati-hati semasa membeli brake pad, sekiranya anda ingin tahu brand manakah yang baik dalam pasaran, E-mail saya : aph3483@gmail.com ...saya akan cuba bantu anda.

Feb 3, 2011

Alignment dan Balancing



Kita sering menghantar kereta untuk proses diatas,tetapi adakah kita faham apa yang bengkel lakukan ?...kita kena memahami proses tersebut untuk menggelakkan kita meminta sesuatu perkara yang kita sendiri tidak faham.

Biasanya bila kita hantar untuk proses tersebut kadang kalanya ia amat berbeza antara bengkel,kalau tidak percaya anda cuba lakukan dengan cara bawa kebengkel A dan kemudian pergi ke bengkel B jawapan dan cara penyelesaian yang disarankan pasti berbeza.

Apa itu balancing ?
-Balancing adalah proses dimana berat tayar diseimbangkan untuk seluruh bahagian/sudut dengan cara menggunakan pemberat(sejenis timah akan dipasang pada bahagian yang mempunyai berat tidak seimbang)

Apa itu Alignment ?
-Alignment adalah proses untuk mendapatkan kedudukan Toe dan Chamber.

Apa itu Toe ?
-Toe adalah sudut yang dikendaki untuk kedudukan tayar(Ia diukur dari centre wheel dan disetkan kepada spec/std yang digariskan oleh pembuat keenderaan tersebut)
-Biasanya computer yg ada dibengkel mempunyai spec tertentu mengikut model keenderaan anda.(Cuba kita lihat pemain ski,bahagian hadapan bilah ski biasanya akan dikuncupkan sedikit untuk gerakan yang lebih stabil semasa pemain ski meluncur diatas salji)

Apa itu chamber ?
-Chamber adalah sudut tayar dengan paksi bumi dan ia juga dikira dari centre wheel-biasanya kebanyakan tayar mempunyai kecenderungan sudut 91 darjah minimum.(Maksudnya tayar akan kembang sedikit pada bahagian yang menyentuh bumi/jalan)

Perkara asas yang patut kita tahu semasa kita membuat aligment atau balancing ialah :

1.Mesin yang digunakan oleh bengkel telah diselenggara dengan betul(Calibration)-Ukuran bergantung sepenuhnya pada ketepatan mesin.
2.Alignment hendaklah mengikut spec/std jenis dan model keenderaan.
3.Jika berkesempatan catitlah Toe dan Chamber yg std. bagi kereta anda.

Note :
Ada ketikanya kita disarankan supaya kita membeli screw chamber yang berharga Rm 50.00 sebiji-Tahukah anda berapa harga sebenar screw tersebut kalau kita membeli direct dari pembekal atau spare part shop ??..harganya cuma dilingkungan Rm 10.00(Bergantung kepada model)
Untuk model yang menggunakan Mc-prsn. suspension ianya boleh diadjust pada tierod end tanpa memerlukan alat tambahan.(Sekiranya ia tidak boleh diadjust pastinya pihak pengeluar keenderaan telah menjadikan part tersebut sebagai std.part)

Terdapat juga bengkel membuat balancing secara manual di panggil on wheel balancing...ianya bagi saya lebih bagus sekiranya keadaan bengkel tersebut sendiri tidak mempercayai mesin balancing yang ada.

Bagaimana untuk mengetahui balancing kereta kita bermasalah...biasanya bila kita memandu keadaan kereta akan terasa bergegar pada kelajuan sekitar 80 - 100 km/jam bergantung berapa teruknya balancing kereta tersebut tetapi bila tambah kelajuan ada ketikanya ia hilang sementara.

Bagaimana untuk mengetahui alignment kereta kita bermasalah...tengoklah tayar kita yang makan sebelah dalam atau luar,cuba lepas steering semasa kita memandu(seketika sahaja) adakah bergerak lurus atau seperti ketam.

Kereta kita...kitalah yg lebih memahaminya.

Feb 2, 2011

Hati-hati memilih absorber



Satu hari saya dikunjungi seorang peraih untuk membeli absorber yang telah direjectkan dalam kuantiti yang banyak.Lantas saya bertanya dan menemubual beliau....saya amat terkejut selepas itu.... Kenapa ???

Rupa-rupanya beliau menjalankan business yang amat menguntungkan dengan cara menbaik pulih absorber yang reject atau beliau beli barangan besi buruk ini dari bengkel di seluruh negara dan kitar semula menjadikan barangan tersebut dijual pada harga baru.Sebab itu barangan seperti absorber yang kita tukar akan dikumpulkan semula oleh bengkel dan dijual sebagai besi buruk.

Bagaimana cara ianya dilakukan...ianya amat mudah,absorber lama yang dibeli sebagai besi buruk akan dicuci dan dicat semula seperti baru.Bahagian dalaman seperti seal dan minyak akan diganti semula dengan yang baru.Serial no atau jenama akan dikekalkan sama seperti apa yang telah distemkan pada absorber tersebut,dan yang terakhir adalah kotak yang memang ditempah khas sama seperti kotak baru.Dari segi kotak memang sama dan sukar untuk dibezakan kerana teknologi percetakan kotak memang canggih di Malaysia buat masa kini.

Bagi diri saya sendiri apabila 2 jenis absorber ini diletakkan bersebelahan memang sukar untuk saya mencari perbezaannya.

Pada kebiasaannya absorber yang bagus akan mampu bertahan sekurang-kurangnya 1 tahun,tetapi bayangkan bila kita terbeli absorber yang di baik pulih seperti ini..tak sampai setahun ianya akan bocor.

Amat malang bagi kita sebagai pengguna selalu tertipu oleh golongan yang hanya mementingkan keuntungan seperti ini...ianya saya anggap mencuri dalam diam.

Berhati-hati selalu...demi keselamatan kita dan kocek kita juga.


Feb 1, 2011

Berhati-hati membeli minyak enjin.

Saya ingin bercerita mengenai minyak engin untuk kali ini...soalannya mengapa??

Ramai yang tidak tahu terdapat banyak minyak enjin tiruan berada di pasaran buat masa ini. Cara untuk mendapat atau membuat minyak engin tiruan adalah dengan cara membeli semula minyak enjin yang telah digunakan dari bengkel-bengkel yang berada disekitar kita. Ianya dikumpul oleh bengkel dan dijual kepada pemborong yang akan memproses semula minyak tersebut menjadi minyak enjin yang akan dibotolkan semula dengan cantik seperti baru siap dengan serial no.

Minyak enjin terpakai diproses semula menjadi warna yg menarik seperti minyak baru dengan 2 cara :
1. Mencampur sejenis bahan kimia untuk menukarkan warna kehitaman kepada warna kekuningan seperti minyak baru.
2. Menuras semula dengan berbagai cara turasan/tapisan.(Kita boleh mencuba dirumah dengan cara menapis menggunakan sekurang-kurangnya 7 lapisan kain dan biarkan ia mengalir-lihat warna yg telah ditapis dan anda sebenarnya boleh cuba menggunakan semula tanpa ragu)

Minyak yg telah dibungkus semula dengan packing yg sama dan diletakkan dalam longgokan botol yang sama pastinya kita sebagai pengguna tidak akan perasan semasa membelinya.

Lebih malang lagi bila kita servis kereta..kita tidak pernah ambil tahu jenis minyak..yg kita tahu selepas kereta siap diservis kita cuma membayar kos terlibat.

Berilah sedikit perhatian semasa kereta diservis dan mintalah baki atau bekas minyak atau lihatlah barangan yang telah di tukar untuk kereta kita supaya kita yakin kita membayar pada barangan yang telah ditukar.

Kereta kita...kitalah yang jaga..

Bagaimana nak beli part kereta

1. Isikan borang di bawah untuk sebarang pesanan atau soalan.
2. Kami akan respon borang yang telah di isi tentang stok dan kos sepenuhnya (harga part & kos penghantaran).
3. Barang dipos setelah bayaran dibuat ke Maybank.
4. Caj pos RM20 bagi setiap barang - ikut berat.
5. Boleh COD sekitar Bangi, Kajang, Nilai & Putrajaya sahaja.

RESTU SUPPLY
Bandar Baru Bangi, Selangor
Email : aph3483@gmail.com

Borang Pesanan/Pertanyaan

Name
Tel No
Email Address
Location
Item To Buy

This HTML form was created by Freedback.