Apa yang membuat tayar hadapan bergegar semasa membrake ?
Jawapannya adalah part diatas,ia dipanggil Front Corner Module dan mengandungi part berikut :
1. Knuckle - Yang memegang absorber, tie rod End
2. Brake Caliper - Memegang Brake Pad
3. Dust Cover - Menghalang kotoran/habuk
4. Brake Disc - Tempat Pad mencengkam
5. Front Hub - Tempat mengikat/memegang tayar
6. Front Bearing - Memegang Hub
Kenapa boleh berlaku gegaran?
1. Disc brake NG - tidak rata/tak sama ketebalan/bahan asas NG
2. Brake Pad - Keras tak sesuai dgn disc (Kepanasan melampau)
3. Piston brake caliper - tidak return ke tempat asal/ masih melekat semasa kereta bergerak
4. Terdapat udara dalam sistem brake - Brake tidak dapat capacity sebenar.
5. Berlaku kebocoran dalam sistem - minyak brake berkurangan.
Noise semasa brake ditekan (Berdasarkan pengalaman)
1. Cuba periksa brake pad - mungkin terdapat benda asing antara celah brake pad.
2. Terdapat brake pad yang mempunyai PWI(Pad wear indicator) - pad hampir habis
3. Terdapat lapisan antara pad dan body caliper yang dipanggil Shim Rubber Coated yg bertujuan untuk mengurangkan bunyi yang mungkin tidak dipasang.
4. Piston gagal ketempat asal/jammed
Note :
1.Untuk brake pad saya syorkan belilah yang ori, sebab yang ori ada R & D, testing dan noise test. Ini amat penting kerana sebahagian nyawa kenderaan dan kita, termasuk keluarga terletak di sini .
2. Berhati-hati semasa membeli brake pad.
3 comments:
dulu nak brake je mesti berbunyi tapi skang dah takde. problemnya brake pad,tukar yg ori selesai masalah..:)
barang kereta ni, sebaik-baiknya memang kena pakai yg ori, supaya lebih tahan lama dan x dtgkan bahaya.....
tak pandai sangat tentang kereta,... bagusla ada info ni..
JOM KE: ALL IN ONE
Post a Comment