Feb 1, 2011

Berhati-hati membeli minyak enjin.

Saya ingin bercerita mengenai minyak engin untuk kali ini...soalannya mengapa??

Ramai yang tidak tahu terdapat banyak minyak enjin tiruan berada di pasaran buat masa ini. Cara untuk mendapat atau membuat minyak engin tiruan adalah dengan cara membeli semula minyak enjin yang telah digunakan dari bengkel-bengkel yang berada disekitar kita. Ianya dikumpul oleh bengkel dan dijual kepada pemborong yang akan memproses semula minyak tersebut menjadi minyak enjin yang akan dibotolkan semula dengan cantik seperti baru siap dengan serial no.

Minyak enjin terpakai diproses semula menjadi warna yg menarik seperti minyak baru dengan 2 cara :
1. Mencampur sejenis bahan kimia untuk menukarkan warna kehitaman kepada warna kekuningan seperti minyak baru.
2. Menuras semula dengan berbagai cara turasan/tapisan.(Kita boleh mencuba dirumah dengan cara menapis menggunakan sekurang-kurangnya 7 lapisan kain dan biarkan ia mengalir-lihat warna yg telah ditapis dan anda sebenarnya boleh cuba menggunakan semula tanpa ragu)

Minyak yg telah dibungkus semula dengan packing yg sama dan diletakkan dalam longgokan botol yang sama pastinya kita sebagai pengguna tidak akan perasan semasa membelinya.

Lebih malang lagi bila kita servis kereta..kita tidak pernah ambil tahu jenis minyak..yg kita tahu selepas kereta siap diservis kita cuma membayar kos terlibat.

Berilah sedikit perhatian semasa kereta diservis dan mintalah baki atau bekas minyak atau lihatlah barangan yang telah di tukar untuk kereta kita supaya kita yakin kita membayar pada barangan yang telah ditukar.

Kereta kita...kitalah yang jaga..

3 comments:

fadhdeela said...

thanks for the info! :)

Meh singgah: Tension ada org mencarut2 kat blog kita!!!

LiFe KaMi said...

bahaya juga mcm tu ye,
rosak enjin kereta dibuatnya..
skang ni kami slalu hantar kat toyota centre je..:)

Res2 Supply said...

Ini lah yang berlaku dalam hidup..pasti ada golongan tertentu cuba untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah tanpa memikirkan nasib orang lain yang akan menanggung risikonya...jadi berhati-hatilah.

Bagaimana nak beli part kereta

1. Isikan borang di bawah untuk sebarang pesanan atau soalan.
2. Kami akan respon borang yang telah di isi tentang stok dan kos sepenuhnya (harga part & kos penghantaran).
3. Barang dipos setelah bayaran dibuat ke Maybank.
4. Caj pos RM20 bagi setiap barang - ikut berat.
5. Boleh COD sekitar Bangi, Kajang, Nilai & Putrajaya sahaja.

RESTU SUPPLY
Bandar Baru Bangi, Selangor
Email : aph3483@gmail.com

Borang Pesanan/Pertanyaan

Name
Tel No
Email Address
Location
Item To Buy

This HTML form was created by Freedback.