1. Pastikan kita menggunakan jenis yg disyorkan ia itu DOT3 atau DOT4 kerana ia berbeza antara satu sama lain dari segi kepekatan.
2. Elakkan daripada kita hanya menambah buat selama-lamanya tanpa menggantinya. Yg terbaik gantilah sepenuhnya dalam 20K km sebab minyak yang lama akan hilang kepekatannya.
3. Selepas menambah atau mengganti, buat bleeding proses untuk membuang saki baki udara di dalam sistem brake. Ia amat penting kerana jika ada udara ia boleh menyebabkan brake spongy (Keadaan di mana bila kita tekan brake, pedal brake bergerak semakin jauh ke bawah terutama semasa kita berhenti di lampu isyarat dalam keadaan menekan brake)
4. Jika terdapat mana-mana lelehan pada tube atau pada sambungan hose pastikan ianya diketatkan,pastikan juga terdapat torque tertentu yang perlu di ikuti std.nya semasa mengetatkan sambungan terlibat.
5. Jika ada bahagian minyak brake terkena body kereta atau bahagian bercat, curahkan air bagi menggelakkan cat terhakis kerana minyak brake bersifat menghakis.
6. Jika terkena kulit atau mata, basuh dengan air yang banyak dan berjumpa doktor kerana minyak brake adalah merbahaya.
Note
Selalulah lihat kedudukan level (aras) minyak brake kita kerana ia :
1. Menentukan ada kebocoran - jika selalu berkurang.
2. Menandakan brake pad hampir habis.
3. Jika tanda ISO pada panel meter menyala, cuba check level minyak brake.
3 comments:
oh oh.. saya x reti nk tgk aras minyak brek.. lansung x tau ape2 pasal kereta ni.. drive je yg tau... huhuhuhuu..teruk kan??? hehehehehe
Dalam bonet depan ada 3 tabung plastik putih,satu tabung utk minyak brake kedudukannya paling rapat kearah pemandu..itulah yg di panggil reservoir atau bekas minyak brake..dalam bekas itu ada wire harness yg akan bangi isyarat ke meter sekiranya minyak brake berada pada paras bawah..atau lebih tepat lagi lambang ISO akan menyala.Satu cara lagi lihatlah level paras yg ada pada tabung tersebut..kalau bawah paras maknanya kena tambah.TQ
maaf salah eja "dalam bekas itu ada wire harness yg akan BERI isyarat ke meter sekiranya minyak brake berada pada paras bawah"
Post a Comment